Salam Maulidul Rasul 2020M/1442H.
Maulidul Rasul merupakan tarikh kelahiran Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad SAW. Kelahiran dan perutusan Baginda SAW sebagai Rasulullah adalah bukti teragung betapa luasnya rahmat Allah SWT kepada seluruh alam.
Memandangkan sambutan tahun ini akan disambut dalam keadaan norma baharu, maka sama-sama lah kita memperbanyakkan selawat bermula malam ini di rumah masing-masing sempena menyambut malam Maulidul Rasul.
Maulidul Rasul juga sudah pasti merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati Rasullullah SAW dan seterusnya menjadikan sifat dan tauladan serta sunnah Baginda sebagai contoh yang perlu diteladani dan dihayati.
Ummah Rabbani, Negara Harmoni.